Apam Polkadot Versi Ladybird
Bahan2
Bahan A
3 biji telur Gred B - guna telur yg korang dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
220gm gula halus @ 1 cwn + 4 1/2 tbsp gula castor - sejukkan juga
edit - guna 200gm gula kastor/granulated sugar
1 tsp ovalatte
Bahan B
150gm susu sejuk - guna Susu kotak Nestle Rendah Lemak
- Edit guna 3/4 cwn.
275gm tepung gandum* / 2 cwn + 7 tbsp
-Edit - guna 255gm tepung gandum
-Edit - guna 255gm tepung gandum
1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda
Bahan2 Lain
Apa2 filling - boleh guna bluebery filling
Kaler hitam, kuning, merah..
* Pengurangan kuantiti tepung & gula ni menghasilkn apam yang lebih lembut
Sebelum nk
mula kn sediakn semua Bahan2 tau... Besi mixer tu pn sejukkn jg.Masukkan je kejap dlam fridge bahagian atas. Ni tuk mempercepat
proses mengembang & menggebukan adunan... Yg xde stand mixer, mmg
terasa lenguh tangan memukul adunan ni.
Cara2
1.
Pukul Bahan2 A hgga putih & kembang. Dia akan jd agak likat. Sesiapa
yang pernah buat Kuih Bahulu.. haaa.. cam2 la likatnya adunan ni..
Telur + Gula + Ovalatte - sume sejuk ye.. bru kuar dr fridge...
pastikan off kan kejap mixer bila dh sampai 2 minit ye. Pastu on balik - kalau tak, nanti rosak pulak mixer tu
Adunan yg mula kembang
Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan
Masukkan susu sedikit demi sedikit
Pukul hingga betul-betul sebati & gebu & masukkn susu lagi
Buat hingga susu abis dimasukkan dalam adunan
Adunan yg telah cukup kembang selepas susu dimasukkan
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hingga likat
bagi setiap kali dan masukkan tepung
bagi setiap kali dan masukkan tepung
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Pukul perlahan & betul-betul sebati baru masukkn tepung lagi
Adunan yang sudah sebati dengan tepung - Anda akan dapat adunan yg likat
Masa pukul tu rasa berat je...Jgn pandai2 pukul dengan high speed ye...
4.
Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam. Kalau xde
kaler hitam,
campurkn warna merah & biru. Dapat la warna purple kehitaman. Boleh la warna
hitam memang susah nak dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol.
Amik 1 tbsp lg adunan & masukkn terus ke dalam piping bag. Yang lain tu bahagi 2 - 1
letak warna merah & 1 lagi warna kuning
campurkn warna merah & biru. Dapat la warna purple kehitaman. Boleh la warna
hitam memang susah nak dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol.
Amik 1 tbsp lg adunan & masukkn terus ke dalam piping bag. Yang lain tu bahagi 2 - 1
letak warna merah & 1 lagi warna kuning
Adunan warna hitam yang dimasukkan dalam piping bag
Adunan warna hitam & ori. Filling blueberry pun masukkan dalam piping bag
Adunan warna merah
Adunan kuning
5. Proses memasukkan adunan dalam acuan
Guna sudu tuk masukkn adunan warna merah ke dalam acuan lompang saiz kecil & dilapik dengan cup kertas
Isi hingga hampir penuh
Pipe kan blueberry filling. Masa ni bleh la panaskn kukusan
Tutup filling dengan adunan warna merah juga. Isi hingga separas dengan cup kertas.. Bila sudah masak nanti baru nampak montel-montel.
6. Proses nak lukis Ladybird....Ambil piping bag berisi adunan warna hitam.
Buat garis melintang seperti gambar di atas
Gunakan warna yang sama & pipe kan hingga memenuhi semua ruang di bahagian atas.
Buat pulak garis menegak seperti gambar atas
Kemudian buat dot-dot... ikut banyak mana dot-dot nak letak
Selepas itu, ambil piping bag berisi warna ori.. pipe kan 2 dot kt atas tuk buat mata dia
Ambil piping bag warna hitam pulak. Pipe kan di tengah-tengah dot yang warna ori/putih
haaaa... jd dh mata dia.. Lengkap la Ladybird kita
Yang atas tu lukisan, nampak cantik la..
yg ni real.. comot.. hehehe...
Ladybird yang sudah siap. Tengah tunggu untuk di masukkan ke dalam periuk kukusan.
7.
Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.. Jangan guna api perlahan nanti tak
kembang pulak..& jadi tak berapa nak comel.
kembang pulak..& jadi tak berapa nak comel.
Yang ni dah siap kukus
Ladybird2 ni tengah posing ...
Seronok sangat bila tengok hasilnya
Nota..
* Penutup kukusan kena lapik/balut dengan kain/towel bersih supaya air x menitik atas
permukaan apam..
* Warna hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon
Selamat Mencuba...
Pelajar-pelajar boleh cuba membuatnya di rumah bersama emak, kakak atau adik.
ReplyDelete