SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU

Monday, 28 May 2012

Kepentingan Makanan dan Pemakanan



Makanan Dan Pemakanan

1. Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan? Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa, dan tekstur yang berbeza.
2. Peranan Makanan
Makanan berperanan untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi, dan sosial. Nutrien-nutrien dan bahan makanan memenuhi  fungsi fisiologiseperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan, membekalkan tenaga dan haba, memelihara dan juga mengawal proses tubuh.
Dalam peranan psikologi, makanan sering menjadi lambang kasih sayang dan keselamatan. Makanan juga diambil untuk menghilangkan perasaan sunyi, bosan, atau sedih. Emosi boleh juga menyebabkan seseorang tidak beselera untuk makan.
Dalam banyak situasi sosial seperti pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau saudara-mara, makanan sering menjadi tumpuan utama. Peranan makanan juga penting bagi melambangkan status sosioekonomi keluarga.  
3. Pemakanan
Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air, dan pelawas penting dalam proses tersebut.
4. Nutrien
Nutrien ialah komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien, iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan garam mineral. Bagi menyempurnakan peranan nutrien, air, dan pelawas juga diperlukan. Antara peranan nutrien ialah seperti yang berikut:
  • membina sel tubuh, tumbesaran, dan pemulihan (protein, garam mineral, air)
  • membekal tenaga dan haba (karbohidrat, lemak, protein)
  • memelihara dan mengawal proses tubuh (vitamin dan garam mineral)
4.1 Protein
Protein terdiri daripada cantuman pelbagai jenis asid amino. Asid amino terbentuk daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat juga asid amino yang mengandungi sulfur. Antara fungsi protein ialah:
(a) membina sel tubuh untuk tumbesaran
(b) memulihkan sel yang rosak
(c) membentuk sistem pertahanan
(d) membantu dalam pengedaran oksigen dan nutrien
(e) membekalkan tenaga dan haba

Perlu diingat, kalau kurang protein pun akan ada kesan-kesannya pula. Jom kita lihat apakah kesan kekurangan protein:
(i) tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak terganggu. Jika berterusan, akan mengakibatkan penyakit kwasyiorkor.
(ii) luka dan penyakit kulit lambat sembuh
(c) tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit
(d) tubuh menjadi lemah, letih, lesu, dan kurang cergas

Bukan sahaja kurang protein, terlebih protein pun ada kesannya, seperti di bawah:
(i) protein berlebihan dalam bentuk asid amino diurai menjadi nitrogen dan karbon. Nitrogen akan dikumuhkan melalui air kencing dalam bentuk area. Karbon ditukarkan kepada lemak dan disimpan di dalam hati.

4.1.1 Asid amino
Protein dibentuk daripada asid amino yang berlainan. Jenis asid amino yang dibentuk bergantung pada cara percantuman rantai sisi asid amino. Struktur yang terbentuk akan menentukan peranan yang berbeza. Terdapat dua jenis asid amino iaitu asid amino penting dan asid amino tak penting.
Asid amino penting tidak boleh disintesis oleh tubuh manakala asid amino tak penting boleh disintesis oleh tubuh. Asid amino penting merupakan protein lengkap, manakala asid amino tak penting merupakan protein tak lengkap.

1 comment: