SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU

Monday, 28 May 2012

Definisi Diet



Diet

Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan mempertingkat kesihatan. Bagi tujuan ini, amalan pemakanan berdasarkan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Piramid Makanan amatlah disyorkan untuk mencapai diet yang seimbang.
1. Diet Seimbang
Diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
2. Faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet
Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung pada keperluan fisiologi setiap individu seperti umur, jantina, saiz badan, aktiviti yang dijalankan, dan juga tahap kesihatan.
Dari segi umur,
  • kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien pembina tubuh kerana mereka sedang membesar
  • orang dewasa dan remaja yang cergas memerlukan lebih nutrien pembekal tenaga
  • golongan tua pula lebih memerlukan nutrien untuk memelihara kesihatan
Dari segi jantina pula,
  • kaum lelaki memerlukan lebih makanan pembekal tenaga daripada wanita kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot.
  • kaum wanita pula memerlukan lebih nutrien ferum untuk menggantikan kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
Dari segi saiz badan,
  • individu yang bertubuh besar memerlukan lebih makanan pembekal tenaga
Dari segi aktiviti yang dijalankan,
  • pekerja buruh memerlukan lebih banyak makanan pembekal tenaga kerana mereka melakukan kerja berat
  • kerani pejabat tidak perlu banyak kerana hanya membuat kerja-kerja pejabat sahaja
Dari segi tahap kesihatan,
  • seorang pesakit memerlukan diet jenis cecair sahaja
  • orang yang sedang pulih memerlukan makanan pembina tubuh yang mudah dicernakan
Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Contohnya, selepas mempelajari jenis-jenis dan fungsi-fungsi setiap nutrien, apakah yang akan anda makan jika mengalami sembelit? Ini jelas menunjukkan
bahawa pendidikan mempengaruhi kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.
Pendapatan keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-masing. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan diet seimbang. Makanan mahal boleh digantikan dengan makanan yang lebih murah tetapi berkhasiat. Contohnya, ikan tenggiri yang mahal boleh digantikan dengan ikan sardin, keranan kedua-dua ikan tersebut mengandungi kandungan nutrien yang sama  dan merupakan sumber protein nilai biologi tinggi.
Dari segi geografi, diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur. Iklim Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan tempatan seperti beras, kelapa, dan pisang. Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Kemudahan infrastruktur membolehkan sumber makanan diperoleh sepanjang masa.

Kepentingan Makanan dan Pemakanan



Makanan Dan Pemakanan

1. Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan? Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa, dan tekstur yang berbeza.
2. Peranan Makanan
Makanan berperanan untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi, dan sosial. Nutrien-nutrien dan bahan makanan memenuhi  fungsi fisiologiseperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan, membekalkan tenaga dan haba, memelihara dan juga mengawal proses tubuh.
Dalam peranan psikologi, makanan sering menjadi lambang kasih sayang dan keselamatan. Makanan juga diambil untuk menghilangkan perasaan sunyi, bosan, atau sedih. Emosi boleh juga menyebabkan seseorang tidak beselera untuk makan.
Dalam banyak situasi sosial seperti pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau saudara-mara, makanan sering menjadi tumpuan utama. Peranan makanan juga penting bagi melambangkan status sosioekonomi keluarga.  
3. Pemakanan
Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air, dan pelawas penting dalam proses tersebut.
4. Nutrien
Nutrien ialah komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien, iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan garam mineral. Bagi menyempurnakan peranan nutrien, air, dan pelawas juga diperlukan. Antara peranan nutrien ialah seperti yang berikut:
  • membina sel tubuh, tumbesaran, dan pemulihan (protein, garam mineral, air)
  • membekal tenaga dan haba (karbohidrat, lemak, protein)
  • memelihara dan mengawal proses tubuh (vitamin dan garam mineral)
4.1 Protein
Protein terdiri daripada cantuman pelbagai jenis asid amino. Asid amino terbentuk daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat juga asid amino yang mengandungi sulfur. Antara fungsi protein ialah:
(a) membina sel tubuh untuk tumbesaran
(b) memulihkan sel yang rosak
(c) membentuk sistem pertahanan
(d) membantu dalam pengedaran oksigen dan nutrien
(e) membekalkan tenaga dan haba

Perlu diingat, kalau kurang protein pun akan ada kesan-kesannya pula. Jom kita lihat apakah kesan kekurangan protein:
(i) tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak terganggu. Jika berterusan, akan mengakibatkan penyakit kwasyiorkor.
(ii) luka dan penyakit kulit lambat sembuh
(c) tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit
(d) tubuh menjadi lemah, letih, lesu, dan kurang cergas

Bukan sahaja kurang protein, terlebih protein pun ada kesannya, seperti di bawah:
(i) protein berlebihan dalam bentuk asid amino diurai menjadi nitrogen dan karbon. Nitrogen akan dikumuhkan melalui air kencing dalam bentuk area. Karbon ditukarkan kepada lemak dan disimpan di dalam hati.

4.1.1 Asid amino
Protein dibentuk daripada asid amino yang berlainan. Jenis asid amino yang dibentuk bergantung pada cara percantuman rantai sisi asid amino. Struktur yang terbentuk akan menentukan peranan yang berbeza. Terdapat dua jenis asid amino iaitu asid amino penting dan asid amino tak penting.
Asid amino penting tidak boleh disintesis oleh tubuh manakala asid amino tak penting boleh disintesis oleh tubuh. Asid amino penting merupakan protein lengkap, manakala asid amino tak penting merupakan protein tak lengkap.

Pemilihan Dan Penyimpanan Makanan


Pemilihan Dan Penyimpanan Makanan

Makanan boleh dikategorikan kepada makanan segar dan makanan kering. Cara pemilihan dan penyimpanan makanan yang betul dan teratur akan membantu mengawal mutu makanan supaya berkeadaan baik dan dapat mengurangkan pembaziran.
1. Makanan Segar
Makanan segar ialah makanan yang belum dimasak atau diproses.Contohnya, sayur-sayuran, daging, dan ikan. Makanan segar mudah rosak kerana kandungan air yang tinggi dan sesuai untuk pembiakan mikroorganisma. Makanan menjadi rosak jika disimpan kerana enzim akan terus meranumkan makanan sehingga menjadi lembut dan lebam.
1.1 Sayur-sayuran
Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Contohnya, daun, bunga, batang, pucuk, buah, biji, dan akar. Sayur-sayuran mengandungi vitamin dan garam mineral yang menambahkan rasa dan warna dalam sajian.

Pengurusan Sajian


Pengurusan Sajian


Pengurusan sajian yang berkesan dapat dicapai dengan kebijaksanaan memilih makanan berdasarkan perancangan menu, pemilihan menu, penyediaan makanan, dan juga penilaian hasil masakan. Kemahiran dalam pengurusan sajian boleh menghasilkan sajian yang berkhasiat, menarik, dan murah.

1. Perancangan Menu

Menu ialah senarai makanan yang dihidang untuk sesuatu sajian. Perancangan menu memerlukan kemahiran, imaginasi, daya kreatif, dan minat terhadap makanan supaya dapat menyediakan hidangan yang menarik, seimbang dan menyelerakan.
Sajian ialah makanan yang disajikan pada masa tertentu seperti
  • sarapan
  • minum pagi
  • minum petang
  • makan malam
  • makan tengah hari
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perancangan menu. Faktor-faktornya adalah:
  1. Tujuan sajian ( Majlis formal dan tak formal)
  2. Keperluan ( Keadaan fizikal dan tahap kesihatan)
  3. Kegemaran ( Makanan kegemaran)
  4. Keseimbangan sajian (Nutrien, warna, tekstur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak)
  5. Sumber ( Kewangan, bahan, kemahiran, keupayaan, masa, kemudahan, dan fizikal)
  6. Bilangan tetamu ( Kuantiti makanan, jenis alatan menghidang, dan cara persembahan)
Tahukah Anda?
Perancangan Menu membantu menjimatkan sumber tenaga dan masa . Contohnya penggunaan alatan seperti ketuhar gelombang mikro secara maksimum dapat menjimatkan tenaga apabila beberapa jenis masakan dirancang untuk dimasak secara serentak.
1.1 Tujuan Sajian
Menu dirancang mengikut tujuan tertentu kerana terdapat perbezaan antara majlis formal dan tidak formal. Sajian majlis formal mempunyai makanan istimewa, ada kepelbagaian, dan memerlukan kemahiran dan masa yang lebih untuk menyediakannya. Contohnya sajian untuk sambutan hari raya Aidilfitri, masakan seperti lemang, ketupat, rendang, dan lonotng akan disajikan pada hari tersebut. Begitu juga dengan masakan seperti putu mayam, idli, dan tose akan melengkapkan menu bagi sambutan Deepavali.

ketupat

putu mayam
Sajian untuk majlis tidak formal seperti berkelah, sarapan, makan tengah hari, dan makan malam setiap hari bersama ahli keluarga lebih mudah dan cepat disediakan. Keutamaan diberikan kepada keseimbangan nutrien dalam sajian ini. Contohnya menu yang dipilih untuk berkelah seharusnya mengenyangkan, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal, dan mudah dibawa. Sajian harian di rumah biasanya mempunyai masakan utama atau hidangan protein,nasi atau pasta sebagai sumber karbohidrat, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk vitamin dan garam mineral, dan dilengkapi dengan sup dan air minuman.
1.2 Keperluan
Keperluan setiap individu dari segi keadaan fizikal dan tahap kesihatan perlu dipertimbangkan supaya hidangan yang disajikan tu sesuai dimakan. Misalnya, kanak-kanak dan orang tua memerlukan makanan yang mudah dimakan dan tidak mengganggu sistem pencernaan mereka. Untuk ahli keluarga yang sakit atau sedang pulih pula, hidangan kurang berminyak atau lebih lembut diperlukan.
1.3 Kegemaran
Setiap individu dalam keluarga mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Antara faktor yang dititikberatkan untuk memenuhi kegemaran dan menambahkan  selera ahli keluarga ialah bau, rasa, tekstur, warna, rupa, persembahan makanan, suasana sekeliling, dan juga tempat makan.
1.4 Keseimbangan  Sajian
Keseimbangan sajian seharusnya mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi warna, tekstur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak. Ciri-ciri ini boleh dilihat dari aspek yang berikut:
(a) warna yang berlaianan dalam makanan memberi variasi pada sajian supaya menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.
(b) pelbagai tekstur dihasilkan dengan kaedah memasak yang berlainan.
(c) hidangan manis dan savouri dihidangkan untuk mempelbagaikan rasa dan menyelerakan.
(d) variasi bahan makanan membekalkan nutrien, perisa, dan bau makanan tersendiri menjadikan sajian bertambah unik dan menarik.
1.5 Sumber
Perancangan menu dipengaruhi oleh sumber seperti sumber kewangan, bahan makanan, kemudahan fizikal, kemahiran, keupayaan, dan masa.
Perancangan menu hendaklah berdasarkan peruntukan kewangan yang telah ditetapkan. Perancangan perbelanjaan perlu diikuti semasa membeli-belah agar tidak berlaku pembaziran. Perancangan menu yang menggunakan bahan makanan dalam musim atau yang mudah diperoleh sepanjang tahun adalah terbaik kerana harganya lebih murah, banyak pilihan, dan lebih segar.
Kemudahan fizikal seperti alat-alat penjimat masa perlu dipertimbangkan. Pengisar, pembancuh kek, periuk nasi, dan ketuhar gelombang mikro adalah sebahagian alat yang boleh membantu dalam penyediaan hidangan. Menu yang dipilih seelok-eloknya menggunakan alat penjimat masa yang sedia ada.
Menu yang dipilih hendaklah berdasarkan penguasaan kemahiran memasak. Penguasaan kemahiran memasak dapat mempelbagaikan hidangan setiap sajian dan menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.  Keupayaandalam mengorganisasi kerja amali dalam masa yang diperuntukkan mempengaruhi perancangan menu. Penyediaan masakan yang dijalankan secara bertindih dengan kaedah masakan yang berlainan merupakan keupayaan menyediakan masakan berkualiti secara sistematik dan bersih.
Setiap menu yang dipilih perlu disesuaikan dengan sumber masa yang ada. Dengan perancangan menu yang teliti, masalah masa dapat diatasi dengan menggunakan kaedah memasak yang bersesuaian dengan peruntukan masa.
1.6 Bilangan Tetamu
Bilangan tetamu akan mempengaruhi kuantiti makanan yang diperlukan dan menu perlu diubahsuai supaya bersesuaian dan mencukupi. Menu yang dirancang seharusnya sesuai juga dengan alat memasak dan alat menghidang yang mencukupi.

Prinsip-Prinsip Memasak


Prinsip Masak

Dalam penyediaan sajian, terdapat pelbagai kaedah memasak yangboleh digunakan. Sajian dapat dihasilkan dengan lebih cepat, menarik, dan mempunyai kepelbagaian dari segi warna, tekstur, rupa, dan rasa. Penyediaan makanan menjadi bertambah mudah dan efisien dengan penggunaan pelbagai jenis alat penjimat masa.
1. Tujuan Memasak
Tujuan makanan dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan pencernaan, membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan, mempelbagaikan masakan, dan menambahkan perisa makanan.
1.1 Keselamatan
Haba panas semasa memasak akan membunuh mikroorganisma yang terkandung dalam makanan. Ini dapat mengelakkan makanan daripada cepat rosak. Toksin asli dalam makanan seperti kacang panggang akan dapat dimusnahkan.
1.2 Memudahkan Pencernaan
Makanan dapat dilembutkan selepas dimasak. Ini menjadikan makanan itu lebih mudah dikunyah dan dicernakan. Contohnya daging, ubi kentang, telur, dan sayur berdaun hijau.
1.3 Membaiki rupa dan tekstur makanan
Makanan menjadi lebih menyelerakan dari segi rupa dan tekstur jika dimasak dengan kaedah yang sesuai. Contohnya ikan bilis yang digoreng sehingga garing dan wangi atau ditumis dengan sambal.
1.4 Mempelbagaikan masakan
Masakan boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk menghasilkan masakan yang pelbagai, menarik, dan menyelerakan. Contohnya ubi kentang boleh digoreng, direbus, dipanggang, dan dijadikan krim. Selain itu, daging juga boleh dipanggang, digril, digoreng, dan direbus.
1.5 Menambahkan rasa makanan
Masakan yang dimasak akan bertindak balas dengan haba dan menghasilkan bau dan rasa yang sedap apabila perisa ditambah. Contohnya daging yang diperap dengan pelbagai perisa akan lebih sedap.
2. Prinsip Memasak
Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat memperbaiki rupa, warna, tekstur, rasa, dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam makanan.

Sanitari Makanan


PENGENALAN


Sanitari Makanan

Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya makanan tidak tercemar. Aplikasi prinsip kebersihan perlu diamalkan semasa mengendalikan makanan.
1. Prinsip Kebersihan Makanan
Prinsip kebersihan makanan melibatkan kebersihan diri, menyedia, memasak, menyaji, dan menyimpan bahan makanan yang perlu dimasak.
1.1 Kebersihan diri
Tabiat yang bersih dan penjagaan kebersihan diri seharusnya diamalkan oleh setiap pengendali makanan pada setiap masa. Antara langkah-langkah kebersihan diri yang mesti diamalkan ialah:
  • elakkan daripada menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit seperti selesema atau cirit-birit.
  • rambut hendaklah ditutup dengan skaf atau topi.
  • tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan.
  • pastikan memakai pakaian dan apron yang bersih.
  • balut semua luka dengan pembalut kalis air.
  • mengamalkan tabiat yang bersih. elakkan daripada bersin, batuk, merokok, atau meludah di hadapan makanan.
1.2 Menyediakan makanan
Perkara yang berikut perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan.
  • alatan dapur perlu bersih sebelum digunakan.
  • tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
  • makanan sejuk beku perlu dinyahfroskan dengan sempurna di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  • gunakan keseluruhan porsi yang tekah dinyahfroskan dan jangan menyimpan bakinya untuk disejukbekukan semula.
  • elakkan pencemaran silang

Sunday, 27 May 2012

Teknik Menjawab Soalan Objektif

Teknik Menjawab Soalan Objektif

1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
  • Baca kesemua pilihan jawapan.
  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA. Jawab soalan yang mudah  dahulu. Soalan bergambar biasanya soalan yang mudah

2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.
  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.
  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.
  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.
  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.