SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU

Sunday, 27 May 2012

Rehatkan Minda

REHATKAN MINDA

1 Makanan bekal diperlukan oleh

I pesakit
II vegetarian
III orang yang berkelah
IV murid sekolah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

2 Antara jenis makanan berikut yang manakah sesuai dibawa sebagai bekalan?

I Makanan yang kering yang mudah dibawa
II Makanan yang mengandungi banyak karbohidrat
III Makanan yang tahan cuaca panas
IV Makanan yang mudah dibawa, tidak pecah dan hancur apabila dibawa
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

3 Makanan-makanan bekal terdiri daripada

A buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
B minuman sejuk sahaja
C makanan kering yang mudah dibawa
D makanan yang seimbang

4 Apakah peraturan-peraturan apabila menyediakan makanan bekal?

I Cuci semua sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diisikan dalam beg politena
II Bekalkan makanan yang hendak dimakan dahulu di atas
III Makanan yang dibungkus mestilah tidak mudah pecah, mudah dibungkus,dipegang
dan dimakan
III makanan mestilah seimbang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

5 Anda dikehendaki menyediakan hidangan makan malam seperti menu di bawah.
Antara berikut, susunan yang manakah betul untuk memasah hidangan tersebut?
MENU

I Nasi putih
II Kari daging
III Sayur kacang buncis goreng
IV Jus tembikai

A III, IV, I, II
B II, I, IV, III
C IV, II, I, III
D III, I, II, IV

6 Antara berikut, yang manakah merupakan hidangan sepinggan lengkap?

I Nasi goreng
II Makaroni bakar
III Nasi tomato
IV Nasi ayam
A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


MENU
Nasi putih
Kari sotong
Jus guava
Agar-agar

7 Apakah jenis makanan yang boleh ditambah untuk menjadikan menu di atas seimbang?

A Air mineral
B Mihun goreng
C Kerabu mangga
D Kastard karamel

8 Yang manakah sajian yang harus disediakan paling dahulu?

A Nasi putih
B Sambal udang
C Salad buah-buahan
D Tauhu sumbat

9 Persiapan meja dengan alatan yang lengkap dan susun atur yang betul dikenali sebagai

A kutleri
B resepi
C menu
D peranggu meja

10 Hidangan makan tengahari dan makan malam terdiri daripada makanan berikut kecuali

A makanan yang mengenyangkan
B makanan yang mengalas perut
C masakan utama yang berprotein
D masakan sayur-sayuran

Thursday, 24 May 2012

Senaman Hilangkan Stress


                 

                  Gerakan -gerakan untuk menghilangkan stress 



Gambar Pertandingan Memasak





Pelajar-pelajar bergambar bersama Guru Penasihat Kelab Kemahiran Hidup.




Pelajar menunjukkan bakat memasak lempeng strawbery.

Sunday, 20 May 2012

Jom Belajar Memasak

Apam Polkadot Versi Ladybird





Bahan2

Bahan A

3 biji telur Gred B - guna telur yg korang dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
220gm gula halus @ 1 cwn + 4 1/2 tbsp gula castor - sejukkan juga
edit - guna 200gm gula kastor/granulated sugar
1 tsp ovalatte

Bahan B

150gm susu sejuk - guna Susu kotak Nestle Rendah Lemak
- Edit guna 3/4 cwn. 
275gm tepung gandum* / 2 cwn + 7 tbsp
-Edit - guna 255gm tepung gandum
1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda

Bahan2 Lain

Apa2 filling - boleh guna bluebery filling
Kaler hitam, kuning, merah..

* Pengurangan kuantiti tepung & gula ni menghasilkn apam yang lebih lembut 
Sebelum nk mula kn sediakn semua Bahan2 tau... Besi mixer tu pn sejukkn jg.Masukkan je kejap dlam fridge bahagian atas. Ni tuk mempercepat proses mengembang & menggebukan adunan... Yg xde stand mixer, mmg terasa lenguh tangan memukul adunan ni.

Cara2


1. Pukul Bahan2 A hgga putih & kembang. Dia akan jd agak likat. Sesiapa yang pernah buat Kuih Bahulu.. haaa.. cam2 la likatnya adunan ni..


 Telur + Gula + Ovalatte - sume sejuk ye.. bru kuar dr fridge...

pastikan off kan kejap mixer bila dh sampai 2 minit ye. Pastu on balik - kalau tak, nanti rosak pulak mixer tu

  Adunan yg mula kembang

Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak,  adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak... 

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan

 Masukkan susu sedikit demi sedikit

 Pukul hingga betul-betul sebati & gebu & masukkn susu lagi
Buat hingga susu abis dimasukkan dalam adunan

Adunan yg telah cukup kembang selepas susu dimasukkan

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hingga likat 
     bagi setiap kali dan masukkan tepung

 Masukkan tepung sedikit demi sedikit

 Pukul perlahan & betul-betul sebati baru masukkn tepung lagi

Adunan yang sudah sebati dengan tepung - Anda akan dapat adunan yg likat
Masa pukul tu rasa berat je...Jgn pandai2 pukul dengan high speed ye... 

4. Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam. Kalau xde kaler hitam, 
    campurkn warna merah & biru. Dapat la warna purple kehitaman. Boleh la warna 
    hitam memang susah nak dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol. 
    Amik 1 tbsp lg adunan & masukkn terus ke dalam piping bag. Yang lain tu bahagi 2 - 1 
    letak warna merah & 1 lagi warna kuning

Adunan warna hitam yang dimasukkan dalam piping bag

Adunan warna hitam & ori. Filling blueberry pun masukkan dalam piping bag

Adunan warna merah

 Adunan kuning

5. Proses memasukkan adunan dalam acuan

 Guna sudu tuk masukkn adunan warna merah ke dalam acuan lompang saiz kecil & dilapik dengan cup kertas
Isi hingga hampir penuh

 Pipe kan blueberry filling. Masa ni bleh la panaskn kukusan

Tutup filling dengan adunan warna merah juga. Isi hingga separas dengan cup kertas.. Bila sudah masak nanti baru nampak montel-montel.

6. Proses nak lukis Ladybird....Ambil piping bag berisi adunan warna hitam.
Buat garis melintang seperti gambar di atas

Gunakan warna yang sama & pipe kan hingga memenuhi semua ruang di bahagian atas.
Buat pulak garis menegak seperti gambar atas

Kemudian buat dot-dot... ikut banyak mana dot-dot nak letak
Selepas itu, ambil piping bag berisi warna ori.. pipe kan 2 dot kt atas tuk buat mata dia
Ambil piping bag warna hitam pulak. Pipe kan di tengah-tengah dot yang warna ori/putih
haaaa... jd dh mata dia.. Lengkap la Ladybird kita


 Yang atas tu lukisan, nampak cantik la.. 
yg ni real.. comot.. hehehe...

Ladybird yang sudah siap. Tengah tunggu untuk di masukkan ke dalam periuk kukusan.

7. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.. Jangan guna api perlahan nanti tak 
    kembang pulak..& jadi tak berapa nak comel.


 Yang ni dah siap kukus


Ladybird2 ni tengah posing ...
Seronok sangat bila tengok hasilnya

Nota..
Penutup kukusan kena lapik/balut dengan kain/towel bersih supaya air x menitik atas    
   permukaan apam..

* Warna hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon


Selamat Mencuba...

Wednesday, 16 May 2012

Nota Bab 3 KH ERT

3.0 Prinsip Memasak

  • Pengertian prinsip memasak
    • Prinsip memasak ialah memasak makanan menggunakan haba kering dan haba lembab.
    • Haba kering:- memasak dalam udara panas, pancaran haba, atau di dalam minyak yang panas.
    • Haba lembab:- memasak di dalam cecair panas atau dengan mengewap makanan.
               

Memasak Haba Kering
Memasak Haba Lembap
Menggril
Mengukus
Membakar
Merebus
Memanggang
Mencelur
Menggoreng tohor (sedikit minyak)
Mereneh (api perlahan)

Menggoreng minyak penuh
Merendidih (api sederhana)

Soalan Pengukuhan

AKTIVITI 1.0

1) Apakah maksud diet seimbang?
    A. sajian makanan yang mengandungi lebih nutrien, vitamin dan
         garam mineral.
    B. sajian makanan yang kaya dengan nutrien pembekal haba.
    C. sajian makanan yang terdiri daripada hidangan pelbagai kaum.
    D. sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang 
        diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul.

2) Apakah faktor utama dalam merancang diet seimbang?
    I.   Jantina                     II.  Tempat tinggal
    III. Umur                      IV. Saiz tubuh

   A. I sahaja                      B. I, II dan III
   C. I, III dan IV               D. Semua di atas 


AKTIVITI 2.0

1) Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan menu?
    A. Rancangan masakan untuk seminggu
    B. Hidangan kegemaran ahli keluarga
    C. Senarai sajian yang terancang
    D. Makanan yang dihidang secara peranggu meja

2) Diantara berikut yang manakah BUKAN tujuan merancang 
     menu?
    A. menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang 
        diperlukan.
    B. menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan.
    C. menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat dan
         menyelerakan.
    D. memastikan bekalan makanan mencukupi.
    


Nota Bab 1 & 2 KH ERT

PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN - EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

1.0 Pengertian Diet Seimbang

  • Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul
  • Nutrien yang diperlukan oleh badan ialah:
    • karbohidrat
    • protein
    • lemak
    • vitamin 
  • Faktor utama dalam merancang diet seimbang:
    • jantina 
    • umur
    • kesihatan
    • aktiviti
    • saiz tubuh
  • Prinsip asas diet seimbang berdasarkan PIRAMID MAKANAN




2.0 Perancangan Menu

  • Pengertian menu
          Menu ialah satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu  
          sajian. 

  • Tujuan merancang menu:
    • menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan
    • menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan
    • menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat dan menyelerakan
    • mengikut anggaran belanjawan
  • Faktor yang mempengaruhi perancangan menu
    • jenis hidangan
    • kegemaran
    • perbelanjaan
    • sumber makanan semasa
    • kemudahan fizikal
    • sumber tenaga dan masa
    • kepelbagaian
    • keperluan
    • bilangan tetamu