SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU SELAMAT DATANG KE LAMAN JALINAN ILMU

Monday 28 May 2012

Sanitari Makanan


PENGENALAN


Sanitari Makanan

Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya makanan tidak tercemar. Aplikasi prinsip kebersihan perlu diamalkan semasa mengendalikan makanan.
1. Prinsip Kebersihan Makanan
Prinsip kebersihan makanan melibatkan kebersihan diri, menyedia, memasak, menyaji, dan menyimpan bahan makanan yang perlu dimasak.
1.1 Kebersihan diri
Tabiat yang bersih dan penjagaan kebersihan diri seharusnya diamalkan oleh setiap pengendali makanan pada setiap masa. Antara langkah-langkah kebersihan diri yang mesti diamalkan ialah:
  • elakkan daripada menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit seperti selesema atau cirit-birit.
  • rambut hendaklah ditutup dengan skaf atau topi.
  • tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan.
  • pastikan memakai pakaian dan apron yang bersih.
  • balut semua luka dengan pembalut kalis air.
  • mengamalkan tabiat yang bersih. elakkan daripada bersin, batuk, merokok, atau meludah di hadapan makanan.
1.2 Menyediakan makanan
Perkara yang berikut perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan.
  • alatan dapur perlu bersih sebelum digunakan.
  • tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
  • makanan sejuk beku perlu dinyahfroskan dengan sempurna di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  • gunakan keseluruhan porsi yang tekah dinyahfroskan dan jangan menyimpan bakinya untuk disejukbekukan semula.
  • elakkan pencemaran silang

No comments:

Post a Comment